RESEPI KEK COKLAT MOIST KUKUS (kurang manis )
Kalau disebut kek coklat moist ni, pasti kita terbayang teksturnya yang gebu beserta rasa coklat yang lazat bersama lelehan toppingnya yang pekat, melekat, menghasilkan satu kombinasi kelazatan rasa yang sukar untuk dihuraikan dengan kata-kata.
Mempersembahkan, resepi kek coklat kukus yang sesuai untuk yang nak jaga kesihatan. Masih mengekalkan keenakan rasa coklat yang memang disukai ramai, cuma kurang manis sikit. Tapi terpulang kepada masing-masing punya citarasa, kalau nak rasa manis pada kek coklat tu lebih, boleh tambah sukatan pada susu dan gula.
Bahan-bahan untuk resepi kek coklat moist kukus ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahan-bahan A untuk perasa coklat pada kek, bahan-bahan B untuk adunan membuat kek dan last sekali adalah bahan-bahan untuk membuat topping yang akan dicurahkan ke atas kek coklat moist kukus yang telah siap dimasak untuk menyempurnakan 'pakej' resepi kek coklat moist ini.

Bahan-bahan A kek coklat kukus.
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula pasir
1 cawan susu cair ( susu sejat )
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
Kesemua bahan perlu dimasak di atas api yang sederhana sehingga gula betu-betul hancur.
Bahan-bahan B kek coklat kukus.
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder perlu diayak terlebih dahulu.
Bahan-bahan untuk topping kek coklat kukus.
2 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar susu pekat
2 sudu besar susu cair
Masak semua bahan hingga serbuk koko menjadi sekata dan tidak berketul.
Cara-cara membuat kek coklat kukus.
-Didihkan air di periuk kukus
-Pukul telur dan esen vanila hingga kembang
-Masukkan bahan A
-Masukkan bahan B yang diayak sedikit demi sedikit
-Kacau hingga sebati
-Masukkan ke dalam bekas dan tutup dengan alumunium foil untuk mengelakkan air kukusan masuk
ke dalam bekas kek
-Masak selama 20 minit untuk loyang kecil dan 1 jam untuk loyang besar
-Sesudah masak, curahkan topping ke atas kek.
Selamat mencuba dan menjamu selera. Kalau tak habis makan kek coklat kukus ni, boleh simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama. Jangan lupa baca Bismillah....